PELANCARAN NILAM 2016



12 APRIL 2016 - Pelancaran NILAM 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 berjaya disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Muhamad pada hari ini. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan pembukaan oleh Guru Penyelaras Nilam En Mohd Irfan Bin Azman. Seterusnya gimik pelancaran diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar. Tahun ini pihak sekolah telah menyediakan hadiah utama NILAM yang ditaja oleh Bank Rakyat untuk dianugerahkan kepada murid yang paling banyak membaca pada tahun ini berupa sebuah basikal. Terima kasih diucapkan kepada Bank Rakyat Chukai di atas tajaan tersebut.

AKTIVITI KEM MEMBACA 2016

 4 APRIL 2016 - Sempena dengan Kem Membaca 2016 peringkat SK Seri Bandi 2 satu aktiviti membaca secara beramai-ramai telah dijalankan pada hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk amalan suka membaca dikalangan warga SK Seri Bandi 2.

MESYUARAT KALI PERTAMA PSS 2016


17 JAN 2016 -  Ahli Jawatankuasa PSS SK Seri Bandi 2 telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi sesi 2016 pada hari ini yang bertempat di Perpustakaan Sekolah. Mesyuarat dipengerusikan sementara  oleh En Mohd Yasim Bin Musa mantan GPM PSS SKB 2. Mesyuarat bermula jam 1.45 petang dan berakhir jam 2.45 petang. Dalam mesyuarat tersebut En Kamarul Amir Razaizat bin Kamaludin telah dilantik sebagai guru GPM yang baru menggantikan En Yasim Bin Musa. 

PERLANCARAN NILAM 2015


5 MAC 2015 - Majlis Pelancaran NILAM Peringkat SK Seri Bandi 2 telah berjaya dilaksanakan pada hari ini. Antara objektif pelancaran Program Nilam ini dilancarkan adalah untuk memupuk sikap minat membaca dikalangan warga sekolah. Pelancaran dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Anuar Jusoh diikuti dengan penerangan tentang Program NILAM oleh Guru PSS dan Media En Mohd Yasim Bin Musa. Seterusnya ucapan perasmian oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin Mohamad.

BENGKEL FROGVLE TAHUN ENAM


 4 Mac 2015 - Satu bengkel berkaitan dengan Frog VLE telah dilaksanakan pada hari ini bertempat di makmal komputer SK Seri Bandi 2. Bengkel ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid tahun enam tentang persekitaran pembelajaran dalam FrogVLE. Bengkel ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari murid tahun enam.

LADAP PENGURUSAN STOK


2 FEB 2015 - Satu kursus pengurusan stok telah berjaya diadakan pada hari ini melibatkan guru-guru SK Seri Bandi 2 yang bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini diadakan untuk memberi pendedahan kepada guru-guru cara-cara yang betul berkaitan dengan pengurusan stok barangan sekolah. Ceramah telah disampaikan oleh En Zahari Bin Hamzah, CC dari SMK Air Puteh.