12 APRIL 2016 - Pelancaran NILAM 2016 peringkat SK Seri Bandi 2
berjaya disempurnakan pada hari ini oleh Tuan Guru Besar En Tajudin Bin
Muhamad pada hari ini. Majlis pelancaran dimulakan dengan bacaan doa dan
ucapan pembukaan oleh Guru Penyelaras Nilam En Mohd Irfan Bin Azman.
Seterusnya gimik pelancaran diikuti dengan ucapan oleh Guru Besar. Tahun
ini pihak sekolah telah menyediakan hadiah utama NILAM yang ditaja oleh
Bank Rakyat untuk dianugerahkan kepada murid yang paling banyak membaca
pada tahun ini berupa sebuah basikal. Terima kasih diucapkan kepada
Bank Rakyat Chukai di atas tajaan tersebut.
AKTIVITI KEM MEMBACA 2016
4 APRIL 2016 - Sempena dengan Kem Membaca 2016 peringkat SK Seri
Bandi 2 satu aktiviti membaca secara beramai-ramai telah dijalankan pada
hari ini bertempat di Dewan Gemilang SK Seri Bandi 2. Aktiviti ini
bertujuan untuk memupuk amalan suka membaca dikalangan warga SK Seri
Bandi 2.
Subscribe to:
Posts (Atom)